Seo Services

Pasukan Polis Marin Sarawak Cemerlang - Pengarah Jabatan KDN/KA

KUCHING, 15 April (Bernama) -- Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim memuji prestasi cemerlang Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak yang banyak mencatatkan kejayaan.

Beliau berkata pada tahun lepas pasukan itu berjaya membuat rampasan pelbagai barang bernilai RM25 juta dan bagi Januari hingga awal bulan ini pula berjaya melakukan rampasan bernilai RM4 juta.

Katanya rampasan itu termasuk kayu balak haram, minyak, pasir dan mercun selain menahan sekumpulan lelaki yang cuba memberi rasuah kepada anggota polis marin supaya tidak mengambil tindakan kerana terbabit dalam kegiatan pembalakan haram.

"Kejayaan mereka telah membuat Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Polis Negara berpuas hati. Saya menyeru supaya pasukan polis marin wilayah Sarawak meneruskan kecemerlangan supaya menjadi contoh baik kepada pasukan-pasukan lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak.

Pada majlis itu beliau turut mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada 15 anggota polis marin yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam tugas masing-masing.

Muhammad Fuad berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai rancangan untuk menambah lagi anggota and aset pasukan polis marin wilayah Sarawak agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Katanya, keluasan negeri Sarawak serta perairannya yang terpanjang di negara ini memerlukan kekuatan anggota dan aset dua kali ganda berbanding sekarang agar segala perbuatan pencerobohan dan penyeludupan dapat dipantau secara lebih berkesan.

"Ancaman di negeri Sarawak lebih berbentuk kecurian sumber ekonomi seperti balak dan pasir, penyeludupan barang dan kemasukan pendatang tanpa izin," katanya.

Katanya PDRM juga mempunyai rancangan untuk menempatkan anggota dan aset di kawasan empangan elektrik di Bakun, kawasan perindustrian Samalaju, Bintulu dan kawasan perairan berdekatan pusat peranginan Bako.

-- BERNAMA
Pasukan Polis Marin Sarawak Cemerlang - Pengarah Jabatan KDN/KA Pasukan Polis Marin Sarawak Cemerlang - Pengarah Jabatan KDN/KA Reviewed by Admin on April 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.