Sesuai dengan aspirasi dan teras strategik untuk Memperkasakan Ekonomi Wanita, Pusat Latihan Wisma Wanita atau singkatan WWTC telah ditubuhkan pada 9 Oktober 2014.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, sehingga 17 April 2015, pusat ini telah berjaya melatih 620 peserta yang terdiri daripada golongan ibu tunggal dan wanita yang ingin menjana pendapat tambahan untuk keluarga.
"Untuk tahun 20155, tiga kursus yang ditawarkan adalah Kursus Jahitan Kreatif, Kursus Masakan dan Kursus Kecantikan dan Spa, dan dijangka memberi manfaat kepada 1,440 orang."
"Satu lagi program bagi memperkasakan ekonomi wanita ialah Bngkel Latihan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin Mamacare anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Kelarga Negara (LPPKN)."
"Seramai 40 peserta dari kalangan ibu tunggal, warga emas dan wanita yang berpendapatan rendah telah berjaya dilatih setakat ini dan daripada jumlah ini seramai 9 orang telah berjaya menjana pendapatan bulanan melebihi RM960.00."
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya yang bertemakan "Memperkasakan Ekonomi dan Mensejahteraan Keluarga" pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.
Menyentuh mengenai Pemantapan Institusi Keluarga, Fatimah menyatakan salah satu dari keutamaan kementerian beliau adalah dengan peningkatan kes hamil di kalangan remaja di Sarawak yang kini diletakkan pada kedudukan negeri kedua tertinggi dalam negara ini dengan 3,401 kes daripada 16,787 kes keseluruhan di Malaysia.
"Berhubung dengan perkara ini, rekod Jabatan Kesihatan Sarawak menunjukan peratusan remaja yang tidak berkahwin di beberapa bahagian di Negeri Sarawak adalah lebih tinggi berbanding dengan peningkatan kebangsaan (24.2%) dan peringkat negeri (35.5%)."
" Bahagian Kapit mencatat 44.8%, Bintulu (43.6%), sarikei (48.3%) Kuching (43.6%), samarahan (41.2%) dan Miri (41%). Keadaan ini sekiranya tidak ditangani segera boleh menjejaskan keutuhan institusi keluarga dan membawa kepada pelbagai masalah sosial."
"Sehubungan itu, atas inisiatif Jabatan Kesihatan bersama dengan Kementerian Kebajikan, Wanita dan pembangunan Keluarga Jabatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam Sarawak, LPPKN, Jabatan Pendaftaran Negara dan Sarawak family Planning Assoclation, One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) telah ditubuhkan pada Ogos 2014, dengan tujuan utuk memberi bantuan serta sokongan secara bersepadu kepada mereka, sama ada semasa hamil atau selepas bersalin."
Beliau menambah, sebagai langkah untuk memperkasakan remaja dengan pengethuan, sikap dan kemahiran yang sesuai untuk membuat pilihan mengenai kesihatan seksual, reproduktif dan tanggungjawab kekeluargaan, JWKS bersama LPPKN telah memperkenalkan program “I’m In ControlI Cakna Diri Remaja Modul Sarawak”.
"Selain daripada itu, setiap agensi di bawah OSTPC turut menjalankan program advikasi dan intervensi di bawah agensi masing-masing."
"Sebagai salah satu usaha untuk mencapai perpaduaan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, melalui penggunaan bahasa kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pusaka Cawangan Sarawak telah melaksanakan pelbagai program kebahasaan dan kesusteraan Program khusus untuk memperkasarkan bahasa kebangsaan di Sekolah Menegah Persendiriaan Cina, DBPCS telah menganjurkan Pertandingan Forum Pelajar, Program yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1992, bertujuan untuk memperluas dan menyampaikan buah fikiran dan hujah di kalangan pelajar di sekolah- sekolah Cina," katanya lagi. - Sarawakiana
Pemerkasaan Ekonomi Wanita
Reviewed by uMieySurianie
on
April 28, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
April 28, 2015
Rating:

No comments: