Setakat ini, Jabatan Tanah Survei telah menerima sebanyak 42 permohonan daripada MJC City Development Sdn. Bhd untuk pengeluaran surat hakmilik strata bagi blok-blok bangunan kedai dan kediaman.
"Jabatan Tanah dan Survei telah menerima 19 permohonan untuk pengukuran perimeter NCR inisiatif baru dari penduduk kampong dan rumah panjang di kawasan DUN Balai Ringin."
"Daripada jumlah tersebut, satu kawasan seluas 398 hektar telah diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri sebagai Rizab Gunasama (Pertanian) Bumiputera. Satu kawasan seluas 640 hektar telah siap diukur," katanya lagi.
"Empat kawasan belum dapat disiapkan pengukuran kerana terdapat pertikaian serta bantahan di lapangan dan berada di dalam kawasan yang telah diluluskan untuk NCL Development."
"Manakala satu permohonan lagi tidak dapat dipertimbangkan kerana tidak wujud hak adat Bumiputera, dua berada di dalam kawasan NCL Development, satu berada di dalam kawasan berhakmilik, enam permohonan terlibat dengan pertindihan tuntutan antara komuniti dan tiga permohonan lagi sedang disemak oleh Jabatan Tanah dan Survei sebleum dikemukakan untuk kelulusan." - Sarawakiana
Pengeluaran Surat Hakmilik Strata
Reviewed by Unknown
on
April 28, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 28, 2015
Rating:

No comments: