KUCHING: Kajian populasi buaya di Batang Saribas termasuk Sungai Rimbas pada 2012 hingga 2014 telah menunjukkan kepadatan yang tinggi.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan melalui Jabatan Hutan dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah membuat kajian populasi buaya di Sarawak pada 2012 hingga 2014.
"Kajian tersebut mendapati sebanyak 368 ekor buaya dengan kepadatan 2.67 ekor per kilometer di sepanjan Batang Saribas termasuk Sungai Rimbas yang mana kepadatan ini adalah agak tinggi," katanya.
"Antara langkah yang diambil bagi mengurangkan ancaman buaya di negeri ini, SFC menganjurkan program kesedaran awam 3M Buaya (Mengenali, Memahami dan Memulihara)," katanya sambil menambah papan-papan tanda amaran tentang kehadiran buaya di kawasan yang mempunyai populasi buaya juga telah dipasang.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.
"Selain itu, kita juga membenarkan orang awam membunuh buaya dalam 'Kawasan Nyah Buaya' dan kawasan lain atas alasan keselamatan dan seterusnya melaporkan kepada Kontroler Hidupan Liar," jelasnya.
"Operasi 'culling' secara terancang di kawasan yang mempunyai populasi buaya yang tinggi dan operasi tersebut sedang dilakukan di Sungai Rimbas," tambah Awnag Tengah lagi.
Mengenai isu spesifik hutan, beliau menjelaskan Sarawak telah mengamalkan kaedah pembalakan secara 'terpilih' yang diiktiraf oleh badan antarabangsa.
"Menerusi kaedah itu, kuota pengeluaran balak dari Hutam Simpan Kelak yang ditetapkan tidak melebihi 9.2 juta meter padu setahun," katanya sambil menambah, had maksimum penebangan ialah tujuh hingga sembilan sehektar dan dengan ukaran diameter tidak kurang daripada 45 sentimeter bagi spesis bukan 'Dipterocarp' dan 60 sentimeter untuk spesis 'Dipterocarp'.
"Kerajaan Sarawak juga telah mensasarkan seluas enam juta hektar untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal yang terdiri daripada hutan asli, (lima juta hektar) dan selebihnya ladang hutan dan untuk mengurangkan kebergantungan kepada hutan asli dan menjamin bekalan mencukupi untuk industri perkayuan, kerajaan telah mengeluartkan lesen ladang hutan secara komersial." - Sarawakiana
Program 3M Buaya: Kurangkan Ancaman Buaya Di Sarawak
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 28, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 28, 2015
Rating:

No comments: