Seo Services

Pendidikan Awal Kanak-kanak Elemen Asas Kanak-Kanak


Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan elemen asas yang sangat penting dalam pembangunan diri kanak-kanak. 

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, pewujudan taska, tabika, tadika dan prasekolah menyediakan asuhan, bimbingan dan didikan bagi kanak-kanak seawal usia dua tahun.

"Dalam mendukung usaha ini, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dalam mendukung usaha ini, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) telah membuka 1,459 buah prasekolah termasuk 11 pendidikan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pula, mengendali 1,555 buah kelas di 1,077 buah institusi dan 70 buah taska di seluruh Sarawak. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pula telah membuka 172 buah tadika dan empat buah taska."

Beliau menyatakana, tambahan kepada itu, pihak swasta juga telah mendaftar sebanyak 406 buah tadika dengan JPNS, dan 132 buah Taska di bawah JKMNS.

Fatimah berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya yang bertemakan "Memperkasakan Ekonomi dan Mensejahteraan Keluarga" pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

"Pada tahun ini, seramai 79,843 orang kanak-kanak mendapat bimbingan dan didikan tadika dan prasekolah yang berdaftar, sementara seramai 4,234 orang kanak-kanak pula mendapat asuhan di taska."

"Dengan adanya, kemudahan pendidikan awal kanank-kanak seperto yang disebutkan tadi, 98.45% murid-murid yang berada di tahun 1 pada tahun 2015 ini pernah mengikuti didikan dan bimbingan formal prasekolah."

"Perlaksanaan sistem program pendidikan sebagai jentera utama dalam membangunkan modal insan bagi tujuan mensejahterakan rakyat perlu dikendalikan oleh pemimpin dan tenaga pendidik yang profesiona dan komited."

Beliau menjelaskan, kompetensi, sikap profesional dan kesesuaian gurudari aspek opsyen mata pelajaran, kefahaman tentang apsirasi kurikulum kebangsaan dan budaya setempat adalah antara faktor utama yang menentukan keberkesanan pelaksanaan program bagi mencapai kemenjadian murid.

"Justeru, perkara berhubung dengan pengambilan, latihan dan penempatan guru sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan negeri Sarawak bagi memastikan aspirasi nasional dan keperluan setempat dipenuhi."

Sehingga hari ini, seramai 42,627 guru sedang berkhidmat di negeri Sarawak. Daripada angka ini, seramai 32,402 (76.01%) adalah guru tempatan, 9440 (21.15%) adalah guru-guru berasal dari Semenanjung, dan 785 (1.84%) adalah guru-guru berasal dari Sabahdan Wilayah Persekutuan Labuan, kata Fatimah lagi.

"Secara profesional nisbah ini adalah sesuatu yang wajar kerana kita ingin melihat anak-anak Sarawak mendapat bimbingan dan didikan bukan sahaja daripada guru-guru tempatan tetapi juga daripada pendidik dari luar Sarawak termasuk dari luar negara."

"Pengalaman yang pelbagai yang dibawa oleh guru yang datang dari latar belakang pendidikan dan sosiobudaya yang berlainan diyakini dapat memberi pengalaman yang berguna untuk menyediakan anak-anak kita berdepan dengan cabaran dan tuntutan globalisasi."

"Kami juga telah memberi perhatian ke atas peratusan tinggi akan kemasukan guru-guru baru yang bukan tempatan ditugaskan ke Sarawak terutamanya tahun ini dimana dari jumlah 2,454 guru baru hanya 624 orang (25.4%)  adalah dari kalangan guru tempatan."

"Kebimbangan ini telah dibawa kepada perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pendidkan Malaysia semasa Mesyuarat Exco Pendidkan Kebangsaan pada 9 Februari 2015. Lanjutan daripada itu, pihak kementerian Pendidikan telah memutuskan, mulai tahun ini 30% kuota pengambilan guru baharu diperuntukkan untuk anak Sarawak."

"Perkara ini telah beliau umumkan semasa Majlis Dialog Bersama Warga Pendidikan Negeri Sarawak pada 12 Februari 2015 di Borneo Convention Centre, Kuching (BCCK)."

"Berhubung dengan permohonan graduan lulusan jurusan pendidikan dari institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) ke sekolah-sekolah kerajaan, pihak kerajaan negeri Sarawak telah dimaklumkan bahawa mereka akan dipertimbangkan apabila ada kekosongan kerana kementerian memberi keutamaan kepada calon-calon tajaan KPM sendiri di Institusi Pengajian Tinggi Awam Institusi Pendidikan Guru Malaysia."

Fatimah juga menyatakan, Perdana Menteri Datuk Setri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan permohonan Presiden Indonesia supaya ditubuhkan Pusat Pembelajaraan Komuniti (CLC) di ladang-ladang bagi memenuhi keperluan pendidikan asas kanak-kanak pekerja ladang warganegara Indonesia yang masuk secara sah berumur 7 hingga 12tahun di Sarawak.

"Mengambilkira hak asasi kanak-kanak untuk mendapat pendidikan seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak, KKWPK dan KPM bersama dengan agensi-agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Ketua Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kesihatan telah selesai merangka Garis Panduan Penubuhan dan Pendaftaran CLC yang perlu mematuhi keperluan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), undang-undang, peraturan dan dasar semasa kerajaan Malaysia termasuk Sarawak Labour Ordinance yang sedang berkuatkuasa. Ini akan dibentang ke Majlis Mesyuarat Kabinet Negeri (MMKN) untuk kelulusan." - Sarawakiana

Pendidikan Awal Kanak-kanak Elemen Asas Kanak-Kanak Pendidikan Awal Kanak-kanak Elemen Asas Kanak-Kanak Reviewed by Unknown on April 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.