KUCHING: Walauapapun alasannya, tindakan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah menconteng "S4S" di dinding bangunan bersejarah yang dikenali sebagai "Square Tower" yang berhadapan dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini tidak dapat diterima.
Pemerhatian Sarawakiana pada pagi hari dari DUN Sarawak di seberang Sungai Sarawak mendapati terdapat tulisan semburan berwarna hitam "S4S" yang kelihatan jelas di dinding bangunan tersebut.
Bukan untuk menunding jari namun umum tahu, ahli-ahli Sarawak 4 Sarawakians (S4S) telah mengadakan Perhimpunan Referendum S4S di Tebingan Kuching, beberapa meter sahaja dari bangunan tersebut semenjak Persidangan DUN Sarawak sejak minggu lepas lagi.
Sehingga artikel ini di tulis, belum diketahui samada satu laporan polis mengenainya telah dibuat atau sebaliknya. - Sarawakiana
S4S Conteng Bangunan Bersejarah?
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 28, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 28, 2015
Rating:

No comments: