Seo Services

Penubuhan AEC, Satu Pencapaian Positif


Prestasi sektor pembuatan negeri Sarawak menghadapi ketidatentuan ekonomi global serta ketidakstabilan harga minyak dunia, Sarawak terus kekal sebagai destinasi pilihan pelabur.

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini adalah hasil daripada amalan perancangan dan pengurusan ekonomi yang cekap dan mesra niaga oleh Kerajaan Negeri.

"Di samping itu, negara jiran kita Indonesia merupakan peluang pasaran besar kepada masyarakat niaga termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menjalankan perdagangan rentas sempadan, terutamanya ke Kalimantan."

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

"Penubuhan ASEAN Economic Community (AEC) tahun ini merupakan satu acara yang sangat penting yang dipandang positif oleh syarikat-syarikat antarabangsa kerana ia merupakan satu pencapaian yang akan mewujudkan satu pasaran yang lebih bersepadu di wilayah ini."

"ASEAN Economic Community akan membolehkan pengaliran dan akses perdagangan barangan dan perkhidmatan rentas sempadan yang lebih bebas dalam kumpulan 10 negara anggotanya dengan populasi melebihi 600 juta orang dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) gabungan bagi tahun 2012 melebihi USD2.3 trillion."

"Bagi tahun 2014, negeri Sarawak berjaya menarik pelaburan yang kedua tertinggi iaitu RM9.6 bilion selepas negeri Johor (RM21.2 bilion) mendahului negeri Pulai Pinang (RM8.2 bilion). Jumlah ini merupakan 15.7% lebih daripada RM8.3 bilion yang dicapai dalam tahun 2013," kata Awang Tengah lagi. - Sarawakiana
Penubuhan AEC, Satu Pencapaian Positif Penubuhan AEC, Satu Pencapaian Positif Reviewed by Unknown on April 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.