Seo Services

Projek Bekalan Air Berjumlah RM9.12 Billion Dikemukakan


Sejumlah 975 projek bekalan air dengan anggaran kos RM9.12 billon telah dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan berkata, apabila siapnya projek-projek ini, dijangka sekitar 86,000 isi rumah akan mendapat bekalan air bersih.

"Ini akan meningkatkan liputan bekalan air bersih di Sarawak daripada 79%(dirawat) pada tahun yang lepas kepada kira-kira 98% (dirawat dan tidak dirawat) pada 2020."

Awang Tengah menegaskan, kerajaan sangat komited untuk memastikan kemudahan asas ini dapat dinikmati oleh semua penduduk di seluruh negeri Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

Masalah bekalan air di Beting Maro akan dapat diatasi melalui langkah-langkah berikut:

1. Perancangan untuk menggantikan saiz paip kecil sepanjang 27 km melibatkan 1,500 isi rumah di kawasan Pusa dan Beladin dan juga menyambungkan paip air kepada Ruma Kam dan Rumah Duat telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Manakala siasatan bekalan air ke Kampung Batang Maro akan dijalankan.

2. Perlaksanaan projek sambungan bekalan air dari simpang Jalan Kaki Wong ke Pusa-Beladin sedang dalam rekabentuk dan tender akan dibuat pada penghujung tahun ini di kawasan Kampung Beladin dan Pusa.

"Kualiti air terawat dan tekanan air di kawasan Meradong telah ditambah baik melalui naik taraf Loji Perawatan Temadak."

"Gangguan bekalan air bersih akibat paip pecah di kawasan-kawasan yang dibangkitkan dijangka dapat diatasi dengan siapnya kerja-kerja penggantian paip AC yang sedang dijalankandi sepanjang 1.6km di Jalam Dalat, Bintangor," katanya lagi. - Sarawakiana
Projek Bekalan Air Berjumlah RM9.12 Billion Dikemukakan Projek Bekalan Air Berjumlah RM9.12 Billion Dikemukakan Reviewed by Unknown on April 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.