Seo Services

Sebanyak 863 Industri Perabot Di Sarawak


Sejak dari akhir tahun 1980-an, Kerajaan Negeri tekah memperkenalkan dasar pemerkasaan pertumbuhan industri perkayuan tempatan.

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan berkata, susulan daripada dasar Log Servation Quota, bilangan kilang berasaskan kayu di Sarawak telah meningkat daripada 120 buah dalam tahun 1970-an kepada 863 buah kilang pada masa ini.

"Kini sarawak merupakan pengeluar dan pengeksport terbesar papan lapis di dunia. Sarawak mengeluarkan produk kayu nerkualiti tinggi seperti papan lapis dan MDF yang mematuhi keperluan pasaran antarabangsa," katanya sambil menambah, oleh itu, produk keluaran Sarawak mampu berdaya saing dalam pasaran antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

"Industri perabot negeri sarawak belum membangun sepenuhnya walaupun banyak usaha telah dilaksanakan bagi menggalakan pertumbuhan industri hiliran dan kebanyakan pengusaha perabot tempatan adalah kecil dan sederhana yang mengeluarkan perabot untuk pasaran tempatan."

Beliau berkata, pada tahun 2014, pihak PUSAKA telah melantik konsultan untuk menjalankan kajian mengenai industri perhutang Kecil dan sederhana (PKS) dengan penekanan terhadap sektor industri perabot. 

Setelah mengkaji cadangan-cadangan yang dikemukakan Kerajaan telah dan akan terus mengambil langkah-langkah seperti berikut:

i . Meningkatkan penggunaan kayu ladang hutan seperti spesis Akasia
ii. Menubuhkan “Timber Trading House”
iii. membina perkampungan industri perabot.
Iv . Menyediakan kemudahan untuk menguji ketahanan perabot.
v. melantik dan menubuhkan kumpulan pereka bentuk perabot.
vi. Mewujudkan kalobrasi dengan institusi penyelidikan:
vii Melantik dan mewujudkan kerjasama dengan syarikat Induk (Anchor Company): dan
membina Kepakaran untuk menghasilkan tenaga kerja mahir. - Sarawakiana

Sebanyak 863 Industri Perabot Di Sarawak Sebanyak 863 Industri Perabot Di Sarawak Reviewed by uMieySurianie on April 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.