Seo Services

Permerkasaan Ekonomi Isi Rumah Berpendapatan Rendah


Melalui proses pendaftaran rakyat miskin secara berterusan dalam sistem eKasih sehingga 1April 2015 seramai 107,915 Ketua Isi Rumah (KIR/Head of Household) telah berjaya didaftarkan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, seramai 25,661 adakah KIR Miskin Tegar (MT); 34,303 KIR Miskin (M); 8,772 KIR Mudah Miskin (MM); sementara 39,179 KIR tergolong sebagai Terkeluar kerana telah mencapai pendapatan bulanan melebihi RM1,500.00.

"Ini adalah kejayaan pelbagai pelbagai program penjanaan ekonomi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan," katanya sambil menambah, salah satu usaha berterusan kerajaan untuk membantu golongan sasaran dalam sistem eKasih adalah melalui program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin).

"Sejak Program 1AZAM dilaksanakan pada tahun 2010, sehingga 1 April 2015 seramai 35,167 KIR dari 59,994 berstatus Miskin dan Miskin Tegar telah dibantu dibawah program ini dan ia menyumbang kepada sebanyak 21% (7,931 KIR) daripada golongan berstatus Terkeluar (37,149 KIR) dalam eKasih."

"Pada tahun 2014, Kementerian telah berjaya melaksanakan pemberian bantuan kepada seramai 8,021 KIR (107%) berbanding 7500 sasaran untuk dicapai di peringkat negeri Sarawak."

Fatimah berkata, walau bagaiamanapun, untuk tahun 2015, kerajaan persekutuan hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM45juta sahaja untuk membantu 5000 KIR berbanding dengan RM75 juta untuk 7500 KIR pada tahun 2014. ini merupakan satu cabaran kepada KKWPK dan agensi-agensi pelaksana yang lain dalam memastikan bantuan memenuhi keperluan kumpulan sasaran.

"Mengenai permohonan nelayan sungai termasuk peserta 1AZAM yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat N.23 Lingga, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) telah mengemukakan masalah tersebut kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk pertimbangan sewajarnya."

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya yang bertemakan "Memperkasakan Ekonomi dan Mensejahteraan Keluarga" pada Persidangan DUN Sarawak hari ini. - Sarawakiana
Permerkasaan Ekonomi Isi Rumah Berpendapatan Rendah Permerkasaan Ekonomi Isi Rumah Berpendapatan Rendah Reviewed by Unknown on April 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.