Kerajaan tidak sesekali tunduk kepada desakan pembangkang, apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA dimansuhkan, kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Katanya, dengan adanya Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) dan Akta Penjegahan Jenayah (PoCA) Pindaan dan Pemerluasan (2013), ia menunjukkan kerajaan telah memperbaiki Akta sebelum ini atau yang sedia ada untuk lebih menjamin keselamatan dalam negara.
“Kalau kita tunduk kepada pembangkang kita tidak akan buat POTA dan PoCA, iaitu pencegahan jenayah yang dibantah juga oleh pembangkang. Akta Pencegahan Pengganas juga dibantah pembangkang… jadi kita sudah buat jadi macam mana kita pula tunduk kepada pembangkang,” jelas Shahrir.
Kedua akta itu mengantikan ISA yang dilihat mempunyai model atau satu gambaran kuasa kepada kerajaan menangkap orang tanpa ada sebab yang kukuh, tanpa bicara dan sebagainya.
“POTA dan PoCA jelas membuktikan pendekatan hari ini adalah dari segi keganasan dan melalui POTA juga lebih tunjukkan kerajaan fokus ancaman hari ini bukan soal politik” katanya.
Ini suatu suasana atau dimensi yang baharu kritikan terhadap kerajaan bukan lagi sebagai satu kesalahan dibawah Akta Hasutan.
“Ianya mengambarkan kerajaan hendaklah bersikap terbuka tetapi sambil itu bukan tunduk kepada pembangkang tetapi fokus kepada kerja dan tanggungjawab yang ada,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dihoskan Hamdan Ahmir, malam tadi.
Ahli Parlimen Johor Bharu itu berkata, jika jenayah menjadi masalah, perlu ada Akta yang khusus terhadap penjenayah dan jika penganas menjadi masalah, harus juga ada akta yang khusus menahan pengganas.
“ISA memang terbukti semasa OPS Lalang digunakan terhadap ahli politik, dan untuk mencegah satu keadaan politik yang bakal jejas keselamatan ketika itu,”..
“Begitu teruk kita diasak dalam Parlimen ketika POTA dibahas sampai lewat pagi dan Akta Hasutan juga dibahas sehingga jam 4 pagi, inilah tugas kita di Parlimen dan akhirnya dipersetujui oleh Dewan (Rakyat) kerana kita berdiri teguh dengan pemerintah untuk sediakan akta ini” jelasnya.-bnbbc
POTA, PoCA Bukan Soal Politik Tetapi Keganasan Dan Jenayah
Reviewed by Unknown
on
April 30, 2015
Rating:
No comments: