Seo Services

Sarawak Catat Hasil RM2.54 Bilion Pada Suku Pertama 2015


KUCHING: Kerajaan Sarawak telah mengutip hasil sebanyak RM2.546 bilion yang merangkumi 49 peratus daripada anggaran keseluruhan hasil RM5.178 bilion pada suku pertama tahun 2015.

Menteri Kewangan II Dato' Sri Wong Soon Koh berkata, bagi suku pertama tahun ini perbelanjaan biasa telah mencatatkan sebanyak RM1.215 bilion yang mana RM465 juta bagi perbelanjaan operasi dan bakinya, RM750 juta adalah bagi Akaun Dana Pembangunan.

"Bagi perbelanjaan pembangunan, RM1.581 bilion digunakan atau 35 peratus daripada RM4,546 bilion peruntukan tahunan yang diluluskan," katanya sambil menambah, perbelanjaan dijangka akan meningkat apabila aktiviti-aktiviti akan bermula pada tahun ini.

Wong berkata demikian dalan ucapan penggulungan bagi kementeriannya di Persidangan DUN Sarawak hari ini.

Beliau bekata demikian pada Ucapan Penggulungan Kementerian Kewangan pada Persidangan Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Menyeru agar semua pihak berkepentingan agar meneruskan komitmen mereka bagi memantau projek-projek yang dilaksanakan dengan lebih dekat, Wong mengingatkan ianya agar semua projek dapat dilaksanakan mengikut rancangan dan dalam lingkungan bajet.

Beliau juga menjelaskan, semua program dan projek khusuterutama di kawasan luar bandar yang berimpak tinggi dan mempunyai kesan limpahan besar kepada kebanyakan rakyat, perlu dilaksanakan mengikut masa agar merancak pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan jentera perlaksana akan memastikan semua projek dibawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dan Rancangan Boleh Pinda Persekutuan (Federal Rolling Plan) di negeri ini dijalankan dengan lancar, efektif dan siap mengikut tempoh," tegasnya lagi. - Sarawakiana
Sarawak Catat Hasil RM2.54 Bilion Pada Suku Pertama 2015 Sarawak Catat Hasil RM2.54 Bilion Pada Suku Pertama 2015 Reviewed by Salfian Nawawi on April 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.