KUCHING: Seorang warga emas wanita telah dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Siburan sejak jam 3 petang semalam.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Sung Lu Sengol, 71-tahun telah dilihat pada kali terakhir berada di Jambatan Kampung Giam .
Setelah menerima laporan mengenai kehilangannya pada jam 10:30 malam, satu gerakan mencari dan menyelamat dijalankan oleh sepasukan lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan pada jam 12 tengah malam.
Sehingga berita ini ditulis, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan bersama-sama dengan pihak polis berserta dengan penduduk kampung di sekitar kawasan kampung serta di tebingan sungai. - Sarawakiana
Warga Emas Dipercayai Hilang Di Siburan
Reviewed by Unknown
on
April 13, 2015
Rating:
No comments: