Seo Services

Bekas Posmen Ceraikan Isteri Selepas Bergelar Jutawan


Seorang bekas posmen dilapor meninggalkan isterinya demi wanita lebih muda selepas bergelar jutawan hasil kemenangan perjudian EuroMillions jackpot bernilai £128 juta (RM700 juta).

Adrian Bayford, 44, warga British memenangi judi tersebut pada 2012 sebelum meninggalkan isterinya pada 2013 demi seorang wanita muda iaitu Samantha Burbidge, 28.

Bayford meninggalkan isterinya Gilliana selepas 15 bulan bergelar jutawan.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berbadan gempal terbabit dilapor menghabiskan sebahagian besar wangnya untuk wanita berkenaan yang kini tunangnya.

Mirror Online melaporkan, dalam perkembangan terbaru, Bayford telah membeli 10 ekor kuda dan tanah seluas 35 ekar bernilai £1.5 juta untuk wanita itu bersukan.

Wanita itu juga kini mendiami rumah agam bernilai £6 juta selepas bergelar tunang kepada Bayford.-Mstar
Bekas Posmen Ceraikan Isteri Selepas Bergelar Jutawan Bekas Posmen Ceraikan Isteri Selepas Bergelar Jutawan Reviewed by Unknown on May 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.