KUALA LUMPUR: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selama beberapa jam sambil menanggung malu besar, apabila cincin besi yang dipasang bagi tujuan seks, tersekat pada kemaluannya yang membengkak.
Akibat kejadian terbabit, dia terpaksa dikejarkan untuk bantuan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang semalam.
Selepas pasukan doktor di Unit Kecemasan HKL tidak dapat mengeluarkan cincin berkenaan, mereka akhirnya mendapatkan bantuan bomba dan penyelamat, yang sebelum ini biasanya dipanggil memotong cincin yang terlekat pada jari.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bergegas ke HKL, sejurus menerima panggilan pada jam 3.46 petang.
Beliau berkata, anggota pasukan itu mengambil masa hampir sejam sebelum berhasil memotong cincin berkenaan daripada kemaluan mangsa.
"Anggota kami terpaksa menggunakan pemotong khas bagi memotong besi cincin terbabit pada dua bahagian sebelum ia berjaya dikeluarkan dari kemaluan lelaki berkenaan," katanya. - BH
Bomba Potong Cincin Tersekat Pada Kemaluan Lelaki
Reviewed by Salfian Nawawi
on
May 06, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
May 06, 2015
Rating:
.jpg)
No comments: