Goiania, Brazil: Gara-gara terlalu obses untuk memiliki badan yang sasa seorang lelaki hampir maut selepas dikatakan menyuntik campuran alkohol dan minyak untuk membesarkan otot badannya.
Romario Dos Santos Alves, 25, telah menyuntik ototnya dengan campuran minyak dan alkohol yang dikenali sebagai synthol.
Kerana suntikan itu, beliau telah memperoleh bentut otot idamannya tetapi kerana suntikan itu juga kesihatannya semakin teruk.
Katanya, dia mula menyuntik synthol ke badannya tiga tahun lalu selepas melihat seorang lelaki mempunyai otot yang besar.
“Lelaki itu memperkenalkan saya kepada bahan itu dan memberitahu bahawa ia boleh membantu membesarkan otot dengan cepat
Walaupun dilarang oleh isterinya beliau tetap menyuntik kerana terlalu ingin untuk mendapatkan bentuk otot idamannya dan kini beliau sudah ebrpisah dengan isterinya gara-gara pilihannya itu.
"Dia beritahu saya jika saya mula gunakan 'synthol' lagi atau apa-apa sahaja serupa denganya, dia akan meninggalkan saya," katanya
Beliau akhirnya memilih untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan synthol kerana kedua-dua lengganya hampir dipotong akibat synthol yang berlebihan. Namun doktor berjaya mencari kaedah lain selain memotong sebaliknya membuang batu synthol yang berada di dalam lengannya. - SK
Hampir Maut Kerana Terlalu Obses Besarkan Lengan
Reviewed by Unknown
on
May 05, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
May 05, 2015
Rating:

No comments: