MIRI: Tiga orang lelaki mati tersepit dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki setelah bertembung dengan sebuah lori yang sarat membawa baja sebelum merempuh sebuah rumah ditepi di Jalan Lama Miri - Bintulu Batu 77 disini pagi tadi.
Difahamkan pihak Bomba telah menerima panggilan kecemasan tersebut lebih kurang jam 6 pagi tadi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju yang melibatkan lima anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
Maklumat dari lokasi kejadian menyatakan, pemandu lori 20 tan tersebut telah melarikan diri sejurus kejadian dan proses mengalihkan lori yang membawa muatan baja masih dijalankan untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut.
Setakat jam 10:30 pagi ini, seorang dari tiga mayat mangsa yang tersepit (pada bahagian tempat duduk belakang) dalam kenderaan pacuan empat roda telah tersebut berjaya di keluarkan.
(Kemaskini jam 1:45pm 7 Mei 2015) Pihak Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan dua lagi mayat magsa yang tersepit didalam kenderaan pacuan empat roda tersebut.
Mangsa pertama dikeluarkan jam 9:05, kedua 09:25 dan mangsa terakhir jam 11:15 pagi.
Identiti penumpang sebelah pemandu dikenalipasti sebagai Allahyarham Bolhasan Bujang, 35-tahun manakala, identiti dua lagi mangsa belum diketahui.
Operasi menyelamat menghadapi sedikit kesukaran kerana kenderaan pacuan empat roda berkenaan dihimpit oleh lori di cerun jalan ditambah permukaan tanah yang lembut.
Pihak penyelamat terpaksa mengunakan bantuan kren dari ladang yang berdekatan untuk menarik lori bagi memudahkan kerja mengeluarkan mangsa.
Kesemua mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Didahamkan juga, pemandu yang melarikan diri dari tempat kejadian telah membuat laporan polis berkaitan dengan kemalangan tersebut. - Sarawakiana

Lori Dan Kenderaan 4WD Rempuh Sebuah Rumah, Tiga Mati Tersepit
Reviewed by Salfian Nawawi
on
May 07, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
May 07, 2015
Rating:

No comments: