Seo Services

Mayat Bayi Baharu Lahir Ditemui Dalam Beg Plastik



BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan ditemui dalam beg palstik di hadapan sebuah bangunan berhampiran Masjid Jamek Jalan Baru di sini, Sabtu.

Jurucakap polis berkata mayat yang masih mempunyai uri itu ditemui seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan pada 12.45 tengah hari.

"Berdasarkan keadaan mayat, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan dan mati sebelum ditinggalkan di hadapan bangunan yang agak sunyi itu. Jarak mayat itu ditemui kira-kira 100 meter dari masjid," katanya.

Beliau berkata mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor mengesahkan kejadian tersebut dan usaha mengesan pihak yang membuang mayat bayi itu sedang dibuat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pihak polis.-mStar
Mayat Bayi Baharu Lahir Ditemui Dalam Beg Plastik Mayat Bayi Baharu Lahir Ditemui Dalam Beg Plastik Reviewed by Unknown on May 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.