Seo Services

Mayat Rakyat Malaysia Dibawa Ke Kathmandu


KATHMANDU: Mayat seorang rakyat Malaysia, Sai Jaya Raj Anthony yang hilang sebelum gempa bumi dasyat yang melanda Nepal 25 April lepas, kini berada di Hospital Universiti Tribhuvan.

"Mayatnya sekarang berada di hospital untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia selepas prosedur perundangan mengenainya selesai," kata jurucakap kepada Kementerian Luar Nepal, Tara Pokhrel.

Mayat Anthony ditemui di Langtang, kira-kira 150 km utara Kathmandu, pada Rabu dan diterbangkan ke Kathmandu, kata Mejar Janak Silwal daripada Angkatan Tentera Darat Nepal.

Anthony seorang deejay terkemuka telah mengembara dengan berjalan kaki di kawasan Langtang pada 21 April lepas sebelum keluarga di tanah air gagal menghubunginya.- BERNAMA
Mayat Rakyat Malaysia Dibawa Ke Kathmandu Mayat Rakyat Malaysia Dibawa Ke Kathmandu Reviewed by Unknown on May 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.