Seo Services

Nahas DUKE: JKM Hantar Pakar Kaunselor Bantu Dua Beradik

Foto: Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menghantar pakar kaunselor kanak-kanak bagi membantu Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, dan adiknya Nur Firuza Aqila, 4, yang mengalami gangguan emosi ekoran kehilangan ibu bapanya dalam nahas di Lebuhraya DUKE, Sabtu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata emosi kedua-dua anak yatim itu jelas terganggu, khususnya Nur Firuza Aqila yang memendam perasaan berbanding kakaknya.

Beliau khuatir jika tidak diuruskan dengan baik akan memberi kesan apabila kedua-dua kanak-kanak itu dewasa kelak.

Katanya, pihaknya juga akan memberi perhatian dengan memberi bantuan kewangan kepada keluarga mangsa dalam bentuk kewangan bagi meringankan beban mangsa.

"Kami sudah menghantar dua kaunselor semalam untuk membantu keluarga dengan memberi sokongan moral selepas mereka kini trauma ekoran insiden nahas itu, dan sudah meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk turut menghantar pakar kaunselor kanak-kanak.

"Ini kerana emosi kedua kanak-kanak itu jelas terganggu khususnya Nur Firuza Aqila yang memendam perasaan hingga muntah dan tidak mahu makan," katanya ketika melakukan lawatan ke rumah mangsa di Taman Batu Muda, di sini, sebentar tadi.

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 6.2, Lebuh Raya DUKE, awal pagi Sabtu lalu mengorbankan Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka yang berusia tujuh bulan, Nur Firuza Annisa. - BH

Nahas DUKE: JKM Hantar Pakar Kaunselor Bantu Dua Beradik Nahas DUKE: JKM Hantar Pakar Kaunselor Bantu Dua Beradik  Reviewed by uMieySurianie on May 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.