Seo Services

Polis Tahan Enam Warga Asing Bergaduh Guna Senjata Tajam


KUANTAN: Polis menahan enam lelaki warga asing yang bergaduh sesama sendiri dengan menggunakan pelbagai jenis senjata tajam di hadapan sebuah kilang di Batu 8, Jalan Gambang dekat sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ASP Abdul Aziz Salleh, kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun bergaduh menggunakan batang paip besi, sebilah pisau pemotong daging dan botol kaca minuman keras sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan orang ramai.

"Sepasukan anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Jaya Gading yang dibantu pasukan kereta peronda polis (MPV) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat awam.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati dua kumpulan itu sedang bertengkar sesama sendiri sehingga mencetuskan pergaduhan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, polis berjaya meleraikan pergaduhan itu setengah jam kemudian dan menahan semua suspek untuk membantu siasatan dan merampas pelbagai barangan yang digunakan dalam pergaduhan itu.

Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati antara dua kumpulan tersebut, namun sebab tidak puas hati masih tidak diketahui.

Abdul Aziz berkata, kesemua suspek ini ditahan reman selama seminggu di lokap IPD Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.- BERNAMA
Polis Tahan Enam Warga Asing Bergaduh Guna Senjata Tajam Polis Tahan Enam Warga Asing Bergaduh Guna Senjata Tajam Reviewed by Unknown on May 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.