Baru-baru ini tersebar surat pekeliling daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang mana isi suratnya menceritakan mengenai pihak kerajaan telah memutuskan untuk mengawal jumlah perjawatan dan pengisian sektor awam.
Pembekuan pengambilan kakitangan awam dikatakan berkuatkuasa mulai 22 April lalu di atas kapasiti untuk mengoptimakan sumber manusia yang sedia ada sekarang.
Pembekuan ini melibatkan semua kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan.
Keputusan ini telah diputuskan semasa Sesi Perjumpaan Khas Ketua Setiausaha Negara dengan Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan pada 18 Mac lalu.
Daripada pekeliling yang ditujukan kepada Pengerusi SPA , Tan Sri Mahmood Adam yang diterima pejabat beliau pada 23 April lalu, penangguhan itu boleh dikecualikan atas beberapa sebab tertentu.
Antaranya ialah sekiranya terdapat situasi seperti urusan yang melibatkan calon-calon yang telah dipanggil temu duga untuk proses pelantikan dan pengambilan pelatih untuk mengikuti program pra-perkhidmatan dan pelantikan pelatih yang telah berjaya mengikuti program pra-perkhidmatan tertakluk kepada pengesahan kekosongan jawatan sedia ada.
Malaysia sebelum ini dilaporkan mempunyai jumlah kakitangan awam yang paling tertinggi di dunia iaitu sebanyak 1.4 juta orang atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja dalam negara.
Jumlah yang tinggi itu dipercayai menjadi penyebab mengapa kakitangan awam baru tidak dapat ditambah dalam masa terdekat ini.- MYNEWSHUB.CC
SPA Bekukan Pengambilan Kakitangan Awam?
Reviewed by Unknown
on
May 07, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
May 07, 2015
Rating:

No comments: