Seo Services

1MDB: Pengarah Syarikat Direman Bantu Siasatan

PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah daripada Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk menahan reman seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan membabitkan akaun 1Malaysia Development Berhad (IMDB).

Majistret Lau Eric mengeluarkan perintah untuk menahan reman lelaki berusia 39 tahun itu sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

Lelaki itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi oleh pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan berhubung akaun 1MBD.

Suspek yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga, tiba di mahkamah kira-kira 8.30 pagi. Dia diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee memberitahu pemberita bahawa SPRM memohon perintah tahanan reman selama tujuh hari tetapi majistret hanya membenarkan empat hari.

Peguam itu berkata beliau tidak tahu sebab anak guamnya ditahan tetapi diberitahu bahawa ia adalah "siasatan atas kepentingan negara." -- BERNAMA
1MDB: Pengarah Syarikat Direman Bantu Siasatan 1MDB: Pengarah Syarikat Direman Bantu Siasatan Reviewed by Admin on July 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.