Seo Services

Kes Wangsa Walk, 10 Lagi Ditahan



KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang lagi ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di pusat beli-belah Wangsa Walk di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata dengan penangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditangkap ialah 21 orang termasuk 11 yang ditahan semalam.

Kesemua 21 suspek yang berusia antara 15 hingga 29 tahun kini direman sehingga Jumaat ini, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata suspek lain sedang dikesan.

Sementara itu Mohamad Roy Suhaimi berkata lima yang cedera dalam insiden itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan hanya seorang yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Pergaduhan berlaku di Wangsa Walk dipercayai akibat tindakan seorang individu cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki.- BERNAMA
Kes Wangsa Walk, 10 Lagi Ditahan Kes Wangsa Walk, 10 Lagi Ditahan Reviewed by Unknown on July 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.