Seo Services

Ahli Keluarga Dibenarkan Lawat Banduan Raya Ketiga Dan Keempat


KUCHING - Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, keluarga banduan di penjara Sarawak dibenar membuat lawatan pada Hari Raya ketiga dan keempat, antara 8.15 pagi dan 4.15 petang, dengan keutamaan diberi kepada banduan beragama Islam.

Jabatan Penjara Sarawak dalam kenyataan berkata ia meliputi banduan di semua institusi penjara, pusat pemulihan akhlak dan juga Sekolah Henry Gurney dalam negeri.

Pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan lawatan, namun mereka tidak dibenar membawa makanan dan minuman untuk penghuni kerana ia boleh dibeli dari kantin penjara atau institusi berkenaan.

Menurutnya mereka juga tidak digalak memberi wang tunai kepada penghuni melainkan atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya.

"Pelawat dimohon untuk mendapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerimaan," menurut kenyataan itu yang disebar kepada media oleh Jabatan Penerangan Sarawak di sini hari ini.

Para pelawat juga terikat kepada peraturan dan Akta Penjara yang membenarkan pegawai penjara menjalankan pemeriksaan fizikal apabila mereka masuk atau keluar dari kawasan penjara. - Bernama
Ahli Keluarga Dibenarkan Lawat Banduan Raya Ketiga Dan Keempat Ahli Keluarga Dibenarkan Lawat Banduan Raya Ketiga Dan Keempat Reviewed by Unknown on July 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.