Seo Services

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Udara Di Medan


KUALA LUMPUR – Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas udara membabitkan sebuah pesawat Tentera Udara Republik Indonesia di Medan semalam.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Malaysia berdukacita atas tragedi yang melibatkan pesawat C-130 itu yang mengorbankan lebih 140 nyawa.

“Malaysia ingin menyampaikan ucapan takziah dan belasungkawa kepada kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, khususnya kepada keluarga mangsa yang terkorban,” kata kenyataan itu.

Pesawat Hercules C-130 milik Angkatan Tentera Udara Indonesia dilaporkan terhempas di kawasan perumahan awam di Medan, utara Sumatera pada kira-kira 12 tengah hari semalam sejurus selepas berlepas dari pangkalan udara.

Menurut kenyataan itu, kementerian melalui Konsulat Jeneral di Medan akan terus memantau situasi tragedi berkenaan. - Bernama
Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Udara Di Medan Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Udara Di Medan Reviewed by Unknown on July 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.