Seo Services

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Jumaat


KUALA LUMPUR: Angin kencang barat daya di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan hingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, berkata angin kencang dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter, berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut serta sukan laut.

Kejadian ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pula dijangka berterusan hingga lewat pagi ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter, juga berbahaya kepada bot-bot kecil, mengikut kenyataan itu. - BERNAMA
Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Jumaat Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Hingga Jumaat Reviewed by Unknown on July 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.