Seo Services

CEO Nintendo Meninggal Akibat Kanser


TOKYO: Nintendo mengumumkan ketua pegawai eksekutifnya, Satoru Iwata, meninggal dunia akibat kanser pada usia 55 tahun, Sabtu lalu.

Iwata yang bermula sebagai pemprogram, mengambil alih teraju Nintendo pada 2002, dua tahun selepas menyertai syarikat itu. Baru-baru ini beliau mengumumkan peralihan dasar syarikat daripada hanya mengeluarkan konsol permainan bagi menambah baik kewangan syarikat.

Bagaimanapun, pelabur tidak bimbang dengan kematian Iwata, malah saham pengeluar konsol permainan Wii U itu naik 4.48 peratus kepada 20,390 yen (RM630) pada pembukaan hari ini.

Tahun lalu, Iwata mengumumkan dia akan memotong separuh gajinya selama beberapa bulan berikutan pengeluar permainan Donkey Kong dan Pokemon itu berhadapan saingan lebih sengit daripada Sony dan Microsoft. - AFP
CEO Nintendo Meninggal Akibat Kanser CEO Nintendo Meninggal Akibat Kanser  Reviewed by Unknown on July 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.