Seo Services

Amukan Gadis Myvi: Pemandu Teksi Diperintah Bayar Kompoun


MASIH ingatkah anda, video viral amukan sekumpulan gadis Myvi terhadap seorang pemandu teksi di sebuah stesen minyak di Shah Alam pada Mac lalu?

Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan pemandu teksi, Azmi Mat Mokhtar, 54, membayar kompoun berjumlah RM1000 kepada tiga ‘Gadis Myvi’ yang dilanggarnya.

Tiga ‘Gadis Myvi’ yang juga merupakan adik-beradik itu dikenali sebagai Sharifah Fara Difla, 28, Sharifah Fara Afzan, 27 dan Sharifah Fara Ryyana, 24.

Selain itu, majistret Elyana Razali turut memerintahkan bapa tiga gadis berkenaan Syed Fareid Yahya, 51 membayar kompaun berjumlah RM50 kepada Azmi.

Keputusan ini diambil selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara ini secara baik berdasalkan terma dan persetujuan bersama.

Kisah pergaduhan ‘Gadis Myvi’ dan pemandu teksi ini pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia apabila kedua-dua pihak dilihat saling berbalas rakaman video ketika kejadian tersebut di laman sosial.

Difahamkan, kekecohan ini timbul ekoran pemandu teksi tersebut enggan memberi laluan meskipun sudah memberi isyarat lampu dan tangan.

Malah, pemandu teksi berkenaan dikatakan melanggar kereta milik adik-beradik itu sehingga berlakunya adegan bertumbuk hingga menyebabkan kecederaan pada tiga gadis berkenaan.

Apa pun, kes pun sudah selesai. Moga kisah ini menjadi pengajaran buat pengguna jalan raya yang lain agar bertimbang rasa antara satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC
Amukan Gadis Myvi: Pemandu Teksi Diperintah Bayar Kompoun Amukan Gadis Myvi: Pemandu Teksi Diperintah Bayar Kompoun Reviewed by uMieySurianie on July 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.