Seo Services

Artikel WSJ Mengenai Dakwaan Mengelirukan, Kata Peguam


KUALA LUMPUR: Artikel dalam The Wall Street Journal yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelewengkan hampir US$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad adalah mengelirukan, kata peguam beliau Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Beliau berkata artikel pertama yang dikeluarkan pada 2 Julai lepas tidak menjelaskan sama ada wang berkenaan daripada 1MDB.

Berikutan dua perenggan pertama seolah-olah wang itu daripada 1MDB namun di perenggan kelima dan keenam pula menyebut 'sumber tidak diketahui', dan ini memerlukan penjelasan, katanya.

Mohd Hafarizam memberitahu pemberita di sini pada Isnin Surat Penjelasan yang dihantar kepada penerbit WSJ adalah mengikut prosedur undang-undang.

Katanya penjelasan perlu bagi pihaknya menasihati anak guam mereka sebaik-baiknya.

Beliau berkata firmanya, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, masih belum menerima sebarang jawapan daripada WSJ berhubung pendirian mereka berkaitan dakwaan dalam artikel yang disiarkan pada 2 dan 6 Julai.

WSJ mempunyai tempoh sehingga Selasa (21 Julai) untuk memberi jawapan kepada surat berkenaan yang dihantar pada 8 Julai lepas, katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil selepas WSJ memberi jawapan kepada surat itu, Mohd Hafarizam berkata pihaknya perlu mendapatkan arahan daripada Najib terlebih dahulu. - Astro Awani
Artikel WSJ Mengenai Dakwaan Mengelirukan, Kata Peguam Artikel WSJ Mengenai Dakwaan Mengelirukan, Kata Peguam Reviewed by uMieySurianie on July 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.