PAPAR - Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan kepada Kewangan Kementerian agar kerja menaik taraf jalan raya dalam projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, dipercepatkan.
TImbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana penggunaan jalan raya terlibat mencapai tahap maksimum pada setiap musim perayaan.
"Kita memang telah mengutamakan pelaksanaan naik taraf jalan ini di peringkat kementerian.
"Tetapi prosedurnya peringkat agensi pusat (Kementerian Kewangan) yang akan membuat keputusan sama ada ianya akan dilaksanakan pada awal Rancangan Malaysia Ke-11," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di sini hari ini.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dengan kos RM27 bilion yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sepanjang 2,239 kilometer dijangka siap pada 2020. - Bernama
Cadang percepat naiktaraf Lebuhraya Pan Borneo
Reviewed by Unknown
on
July 26, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 26, 2015
Rating:

No comments: