Seo Services

DP Ais Krim Gula Apong Akan Buka Cawangan Ke-4 Di Samarahan


Sambutan hangat yang memberansangkan dari orang ramai terhadap DP Ais Krim Gula Apong telah menjuruskan syarikat tersebut untuk melangkah keluar dari Bandaraya Kuching dan melebarkan perniagaan mereka di Samarahan pula.

Pengurus Besar DP Ais Krim Gula Apong Datuk Haji Paruwadi Haji Musa berkata, syarikatnya sedang membuat persiapan akhir untuk memulakan perniagaan di Samarahan.

"Tempat perniagaan sudah dikenalpasti iaitu di Summer Mall, Samarahan, malah kami sudah mendapat surat tawaran perniagaan di sana dan InsyaAllah, kami akan bermula beroperasi di Samarahan selepas Hari Raya Aidil-Fitri ini kelak."

Buat masa ini, DP Ais Krim Gula Apong sudah mempunyai tiga cawangan; di Padungan, Tabuan dan di Satok Uptown (yang beroperasi hanya di hujung minggu) yang semuanya di usahakan oleh ahli keluarga Paruwadi sendiri.

Beliau ditemui Sarawakiana pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim, Ibu Tunggal Dan Warga Emas anjuran DP Ais Krim Gula Apong di sebuah hotel di bandaraya Kuching sebentar tadi.

Pada ucapannya pada majlis tersebut, Paruwadi mengucapkan ribuan kesyukuran serta terimakasih kepada sokongan orang ramai terhadap perniagaan mereka selama ini.

Dalam majlis yang sama, beliau serta isterinya Datin Hajah Siti Khadijah Abdullah telah menyampaikan sumbangan duit Hari Raya kepada 100 orang anak yatim, 100 orang ibu tunggal dan 50 orang warga emas.

Selain dari dijamu dengan juadah berbuka puasa, hadirin semua juga turut dihidangkan dengan ais krim gula apong. 

Menurut Paruwadi, majlis seumpama adalah amalan tahunan baginya untuk beribadah dan membantu kepada golongan yang kurang bernasib baik. - Sarawakiana

(Untuk berita berkaitan DP Ais Krim Gula Apong klik sini)




DP Ais Krim Gula Apong Akan Buka Cawangan Ke-4 Di Samarahan DP Ais Krim Gula Apong Akan Buka Cawangan Ke-4 Di Samarahan Reviewed by Salfian Nawawi on July 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.