Seo Services

EKSKLUSIF: Kongsi Gelap Jual Nombor Ekor Secara Terbuka Di Samarahan?


SAMARAHAN: Sebentar tadi admin Sarawakiana menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan kongsi gelap menjual nombor ekor haram secara terbuka di kawasan Samarahan.

Difahamkan, tanpa khuatir atau takutkan pihak-pihak berkuasa, ahli-ahli kongsi gelap atau orang suruhan mereka menjual nombor ekor haram ini kepada kaki-kaki nombor ekor.

Sarawakiana juga difahamkan, hanya SATU sahaja kongsi gelap yang menjalankan aktiviti haram ini.

Lokasi-lokasi yang dimaksudkan adalah di Pasar Basah Bandar Rial Kota Samarahan dan kawasan-kawasan berdekatan permis tersebut.

Mereka-mereka ini akan beroperasi pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad (seperti juga syarikat-syarikat perjudian nombor ekor yang berlesan).

Sehinggakan ada di antara mereka berani membuka "pejabat" sendiri di kaki lima dengan meletakkan sebuah meja dan beberapa buah kerusi untuk "pelanggan" mereka untuk "berurus-niaga".

Mereka akan menjalankan urusan mereka dengan selamba dengan secara umum dan terbuka seolah apa yang mereka buat tersebut tidak menyalahi undang-undang yang sedia ada.

Persoalannya kini ke manakah gerangan pihak polis dan penguatkuasa perbandaran kawasan tersebut sehinggakan aktiviti-aktiviti haram sebegini berleluasa sebegitu rupa.

Sarawakiana akan menyusulkan perkara ini selanjutnya nanti dalam masa yang terdekat. - Sarawakiana




EKSKLUSIF: Kongsi Gelap Jual Nombor Ekor Secara Terbuka Di Samarahan? EKSKLUSIF: Kongsi Gelap Jual Nombor Ekor Secara Terbuka Di Samarahan? Reviewed by Salfian Nawawi on July 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.