Seo Services

TMJ Letak Jawatan


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Peletakan jawatan itu dibuat pada pukul 5.00 petang tadi.

Setiausaha Kehormat PBNJ Mohd Fahmy Yahya berkata Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ismail Karim telah dilantik untuk menggantikan tempat Tunku Ismail.

"Bagaimanapun, segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan," kata beliau menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers.

Mohd Fahmy berkata segala perancangan jangka panjang dalam sukan bola sepak negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan.-stadiumastro
TMJ Letak Jawatan TMJ Letak Jawatan Reviewed by Unknown on July 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.