Seo Services

WSJ: KPN nafi 3 pegawai kanan Bank Negara disiasat

NILAI: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menafikan tiga pegawai kanan Bank Negara (BNM) disiasat kerana membocorkan maklumat sulit siasatan berkaitan dakwaan penyaluran wang ke akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kepada Wall Street Journal (WSJ).

Beliau berkata, ketiga-tiga pegawai terbabit yang dinamakan oleh pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, sebenarnya tiada kaitan dengan siasatan kes berkenaan.

"Pasukan Petugas Khas sedang menjalankan siasatan dan ramai orang dipanggil untuk beri keterangan termasuk pegawai BNM dan bank komersial lain bagi membantu siasatan.

"Bagaimanapun tiga pegawai kanan yang disebut itu, buat masa ini tidak mempunyai kaitan dengan siasatan kes ini," katanya pada sidang media selepas program Ihya Ramadan al-Mubarak Polis Negeri Sembilan bersama ahli kariah Masjid Nurul Iman, Kampung Gebok, Mantin di sini.

Raja Petra menerbitkan artikel bertajuk 'The Bank Negara Scandal, Yet Again' dengan mendakwa tiga pegawai kanan BNM terbabit disiasat Pasukan Petugas Khas kerana membocorkan maklumat perbankan sulit yang sedang disiasat kepada WSJ. - BH

WSJ: KPN nafi 3 pegawai kanan Bank Negara disiasat WSJ: KPN nafi 3 pegawai kanan Bank Negara disiasat Reviewed by Admin on July 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.