Seo Services

Serangan Pengebom Nekad Di Afghanistan, 25 Terbunuh


KABUL: Sekurang-kurangnya 25 terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam serangan pengebom nekad berdekatan sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di timur laut Afghanistan.

Serangan itu berlaku di sebuah pusat pemeriksaan di pinggir Bandar Khos membabitkan beberapa kenderaan musnah, demikian menurut Ketua Polis Daerah itu, Faizullah Ghairat.

Sementara itu, jurucakap tentera AS berkata, tiada seorang pun anggota tentera di pangkalan itu cedera dalam kejadian itu.

Pangkalan Chapman, pernah digunakan oleh CIA untuk membantu serangan AS terhadap Taliban dan al-Qaeda dan pernah terjejas teruk dalam sejarah CIA pada lewat tahun 2009 apabila lapan anggota perisik terbunuh dalam serangan al-Qaeda. - Reuters


Serangan Pengebom Nekad Di Afghanistan, 25 Terbunuh Serangan Pengebom Nekad Di Afghanistan, 25 Terbunuh Reviewed by Unknown on July 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.