Seo Services

Festival Seni Bela Diri Kuching Terima Sumbangan RM35,000 Daripada Natural Avenue


KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima tajaan RM35,000 daripada Natural Avenue Sdn Bhd (Cash Sweep) untuk menganjurkan Festival Kuching MBKS - Cash Martial Arts Display.

Datuk bandar Bandar Raya Kuching Selatan Datuk James Chan berkata beliau berterima kasih kepada Natural Avenue kerana sumbangan berterusannya terhadap festival itu.

"Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai supaya datang untuk menyaksikan pertunjukan seni bela diri daripada pelbagai pertubuhan seni bela diri," katanya pada majlis penyampaian cek sumbangan itu di MBKS di sini semalam.

Chan berkata orang ramai bukan sahaja akan terhibur dengan pelbagai persembahan seni bela diri, tetapi juga menambah pengetahuan tentang seni itu.

Sementara itu, pengurus besar Natural Avenue Sdn Bhd Jackson Lim berkata syarikat itu akan terus memberi sokongannya terhadap festival itu kerana ia memberi manfaat kepadanya, MBKS dan orang ramai.

Festival itu akan diadakan pada 15 Ogos mulai 6 petang di Stadium Hoki Jalan Padungan.

Pelbagai pertubuhan seni bela diri menyertai acara itu, termasuk Sarawak Taiji Qigong Sarawak, Persatuan Kabaddi Sarawak, Aikido Iwama Ryu, Persatuan Silambam Sarawak, Persatuan Muaythai Kuching, Persekutuan Wushu Sarawak, Taekwondo (ITF), Rumpun Silat Sarawak dan Seni Mempertahankan Diri Tentera Darat Markas Pemerintahan Wilayah Timur.- BERNAMA
Festival Seni Bela Diri Kuching Terima Sumbangan RM35,000 Daripada Natural Avenue Festival Seni Bela Diri Kuching Terima Sumbangan RM35,000 Daripada Natural Avenue Reviewed by Unknown on July 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.