Seo Services

Gadis Dilarang Naik Pesawat Kerana Muka Terlalu Pucat


SEORANG gadis dari Scotland, Grace Wain, 14, dilarang menaiki pesawat Etihad Airways di Manchester, United Kingdom hanya disebabkan rambutnya berwarna terlalu perang.

Menurut Scottish Daily Record, staf syarikat penerbangan itu menafikan mereka melarang gadis itu menaiki pesawat disebabkan warna rambut sebaliknya kerana penampilannya yang terlalu pucat.

Bapanya yang berang dengan perkara itu meluahkan kekesalan dengan berkata penampilan anaknya memang begitu.

“Kami merupakan orang Scotland jadi sememangnya dia berambut merah keperang-perangan dan mempunyai kulit yang pucat. Itu dah memang diri dia,” katanya.

Hanya selepas mendapatkan surat pengesahan doktor mengatakan anaknya tidak mempunyai apa-apa penyakit, barulah mereka sekeluarga dibenarkan menaiki pesawat.

Tapi keadaan menjadi lebih buruk buat keluarga Grace apabila mereka kehilangan dua beg pakaian.

Perkara itu menyebabkan ibunya, Sheena, 44, dan bapanya, Paul, 45, terpaksa menggunakan baju yang sama selama tiga hari bercuti di kepulauan Maldives.

Etihad menyatakan staf mereka hanya prihatin dengan keadaan kesihatan Grace dan disebabkan itu dia dilarang menaiki penerbangan.

“Pekerja kami hanya prihatin dengan tahap kesihatan penumpang muda dengan jangka masa penerbangan yang lama.

“Pasukan kami memanggil doktor untuk memeriksa tahap kesihatan Grace dan hanya selepas itu mereka sekeluarga dibenarkan terbang,” jelas wakil pengurusan Etihad. – MYNEWSHUB.CC
Gadis Dilarang Naik Pesawat Kerana Muka Terlalu Pucat Gadis Dilarang Naik Pesawat Kerana Muka Terlalu Pucat Reviewed by uMieySurianie on July 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.