Seo Services

Guna Media Sosial Secara Berhemah, Elak Kesan Negatif


KUCHING – Masyarakat harus berhemah dan bertanggungjawab sebelum menyalurkan sesuatu maklumat di media sosial, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata apabila orang ramai menyalahgunakannya dengan menyebarkan maklumat salah dengan sewenang-wenangnya, ini akan memberi kesan negatif kepada negara dan ekonomi.

Nancy yang merupakan Anggota Parlimen Sadong Jaya berkata demikian kepada media malam tadi selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama lebih 100 anggota media tempatan di sebuah hotel di sini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Pada majlis itu Fadillah turut menyerahkan geran RM15,000 untuk Persatuan Wartawan Bahagian Kuching manakala Rohani menyumbang RM10,000 kepada Persatuan Jurugambar Akhbar Sarawak. – BERNAMA
Guna Media Sosial Secara Berhemah, Elak Kesan Negatif Guna Media Sosial Secara Berhemah, Elak Kesan Negatif Reviewed by Unknown on July 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.