Seo Services

Gadis Sarawak Ini DiBeri Penghormatan Oleh Nasa Untuk Abadikan Namanya Kepada Asteroid


Rakyat Malaysia semuanya berbangga apabila adik Faye Jong Sow Fei 17, dari SMK Batu Lintang, Kuching telah diberi penghormatan oleh pihak Lincoln Observatory Near-Earth Object Team (‪#‎LINEAR‬) dengan mengabadikan nama beliau kepada main-belt asteroid dengan nama ‪#‎31460Jongsowfei‬ (1999 CV19).

Pengiktirafan ini berikutan daripada kejayaan beliau di dalam pertandingan Intel International Science and Engineering Fair (‪#‎ISEF‬) di Los Angeles USA pada tahun lepas dan juga telah menerima anugerah di European Union Contest for Young Scientists (EUCYS).

Beliau juga merupakan pemenang National Science and Engineering Innovation 2013 di bawah kategori individu melalui projek ‘Bio-waste Materials as Eco-friendly Mordants in Fabric Dye Process’ anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Memang satu kejayaan yang sukar dicapai kerana gadis remaja dari Sarawak ini mampu memberikan saingan terhadap mereka yang pakar dalam bidang angkasa walaupun umurnya masih lagi muda.

SUMBER: ANGKASA



Gadis Sarawak Ini DiBeri Penghormatan Oleh Nasa Untuk Abadikan Namanya Kepada Asteroid Gadis Sarawak Ini DiBeri Penghormatan Oleh Nasa Untuk Abadikan Namanya Kepada Asteroid Reviewed by uMieySurianie on July 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.