Seo Services

JKM Sarawak Sedang Nilai Kerosakan Akibat Ribut Di Miri


KUCHING: Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak sedang menilai kerosakan akibat ribut yang berlaku di Miri petang Jumaat, kata Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah.

Beliau berkata penilaian itu dibuat bagi menentukan jenis bantuan yang akan diberikan kepada mangsa.

"Saya dimaklumkan oleh kakitangan akibat ribut itu bumbung enam buah rumah di Kampung Subak, Sibuti dan sebuah rumah panjang iaitu Rumah Panjang Awing di Kampung Sg Semurok, Niah diterbangkan angin.

"Bagaimanapun kerosakan itu tidak memerlukan mangsa yang terlibat untuk berpindah. Jadi JKM akan tengok jenis kerosakan dan apa jenis bantuan dapat disalurkan, mungkin bantuan segera atau bantuan bumbung baharu akan diberikan" katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, ribut turut menyebabkan banyak pokok tumbang dan bumbung rumah diterbangkan angin di Miri.
JKM Sarawak Sedang Nilai Kerosakan Akibat Ribut Di Miri JKM Sarawak Sedang Nilai Kerosakan Akibat Ribut Di Miri Reviewed by Unknown on July 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.