Seo Services

Kebakaran: Lelaki Rentung Dalam Keadaan Duduk Di Batang Lupar


Seorang lelaki berusia 35-tahun rentung dalam satu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah kayu di Jalan Resak, Batang Lupar-Sri Aman awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenalpasti identitinya sebagai Joseph Edile di percayai cuba menyelamatkan dirinya dari kebakaran tersebut dibahagian tandas.

Mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat di bahagian tandas rumah berkenaan dalam posisi duduk.

Dalam kejadian tersebut, sepasukan bomba yang melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman digegaskan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 3 pagi.

Sehingga berita ini ditulis, pihak bomba sedang bertungkus lumus untuk mengawal dan memadamkan api.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. - Sarawakiana
Kebakaran: Lelaki Rentung Dalam Keadaan Duduk Di Batang Lupar Kebakaran: Lelaki Rentung Dalam Keadaan Duduk Di Batang Lupar Reviewed by Salfian Nawawi on July 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.