Seo Services

Penghargaan Buat Anggota Keselamatan Sempena Hari Raya


Majlis Penyerahan Kuih Raya diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada anggota keselamatan gegara kita dalam memastikan kedaulatan, keamanan, ketentaraman dan keselamatan rakyat khususnya di negeri Sarawak.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Hajah Fatimah berkata, tradisi penyerahan kuih raya ini adalah untuk menghargai peranan dan pengorbanan anggota keselamatan yang terpaksa menjalankan tanggungjawab semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kami bagi Kerajaan Negeri Sarawak khususnya berasa sungguh bangga dan berbesar hati kerana dapat meneruskan tradisi penyerahan kuih raya kepada anggota keselamatan sempena tibanya Hari Raya Aidilfitri.”

“Sudah tentu keinginan untuk beraya bersama keluarga, sahabat handai dan orang tersayang sangat dirasai namun bagi anggota keselamatan mereka terpaksa bekerja demi keselamatan rakyat dan itulah pengorban dan jasa mereka yang kita tidak pernah lupakan.”

Beliau berucap semasa Majlis Penyerahan Kuih Raya kepada tujuh agensi keselamatan di antaranya adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia Sarawak (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara Sarawak dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak.

Sebanyak 6 jenis kuih dan biskut disediakan oleh 15 buah pertubuhan wanita (NGO) antaranya ialah Pergerakan Wanita PBB N.7 Semariang, Pergerakan Wanita PBB. N8 Satok, Dewanita DUBS, Persatuan Ibu Tunggal Sarawak, Koperasi Wanita Bhd, Persatuan Masakan dan Kuih Muih Sarawak, Helwa Hikmah, Sarawak Indian Women Association, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak, Pengusaha Kek Lapis Sarawak dan Biro Wanita Kampung Sekambal, Lundu.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh pertubuhan-pertubuhan wanita, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.” - Sarawakiana
Penghargaan Buat Anggota Keselamatan Sempena Hari Raya Penghargaan Buat Anggota Keselamatan Sempena Hari Raya Reviewed by Unknown on July 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.