KUCHING: Modas Operandinya (MO) jenayahnya mudah, beli minyak petrol berjumlah RM3 yang diisi dalam botol minuman mineral, simbah ke kaunter stesyen minyak sebelum mengugut untuk membakar permis tersebut jika tidak diberi wang.
Situasi tersebut di alami oleh seorang juruwang, yang berusia 40-tahun di stesyen minyak tempat beliau bekerja di Jalan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub di sini awal pagi semalam.
Menurut laporan polis, kejadian berlaku lebih kurang jam 4 pagi tadi semasa pengadu sedang bertugas di dalam stesyen minyak tersebut sebelum didatangi oleh dua orang suspek yang tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5.
Salah seorang dari suspek kemudiannya telah membeli minyak petrol sebanyak RM3 dan diisi sendiri dalam sebuah botol air mineral kosong.
Suspek tersebut kemudiannya menghampiri kaunter bayaran dan menyimbah petrol tersebut di cermin kaunter sambil menunjukkan pemetik api serta mengugut akan membakar station minyak tersebut sekiranya pengadu tidak menyerahkan RM200.
Khuatir akan keselamatannya, pengadu menyerahkan RM200 kepada suspek yang kemudiannya melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching Supt Fauzilan Abdul Aziz ketika dihubungisebentartadi mengesahkan kejadian dan menyatakan pihak polis sejak berusaha untuk menjejaki kedua suspek. - Sarawakiana
Penjenayah Ugut Bakar Stesyen Minyak Dalam Rompakan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
July 02, 2015
Rating:

No comments: