Seo Services

Klip Video Remaja Cina Nyanyi Lagu Saloma Jadi Viral


PETALING JAYA: Sebuah klip video yang memaparkan sekumpulan remaja Cina menyanyikan lagu Selamat Hari Raya, nyanyian Saloma semasa menaiki kereta api menjadi viral.

Klip video berdurasi 30 saat itu dilihat sebagai tanda perpaduan terutamanya selepas insiden rusuhan di Plaza Low Yat pada Ahad lalu.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Twitter, Arisya pada malam Isnin dan ditwit semula lebih 4,000 kali.

“Padunya Chinese pun nyanyi lagu raya dalam KTM!," tulis Arisya.

Seorang pengguna Twitter juga kagum dengan mesej positif yang disampaikan menerusi klip video tersebut.

"Ia sesuatu yang indah," tulis pengguna @AnihAzmi.

“Rakan India saya pun pasang lagu raya kat office,” tulis pengguna @Zulfahmiabsalam.

Klip video tersebut turut mendapat like lebih 1,600 oleh pengguna Twitter yang lain.

Namun, tidak diketahui tarikh sebenar klip video tersebut dirakamkan. - Mstar

Klip Video Remaja Cina Nyanyi Lagu Saloma Jadi Viral Klip Video Remaja Cina Nyanyi Lagu Saloma Jadi Viral Reviewed by Unknown on July 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.