Seo Services

PATI Rebut Sampah

Gambar Hiasan

BINTULU: Penduduk tinggal berdekatan kawasan pelupusan sampah di Jalan Tanjung Kidurong di sini melahirkan keluhan berhubung kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) membina penempatan haram di kawasan berkenaan.

Seorang penduduk berkata, kehadiran warga asing berkenaan tidak diketahui statusnya yang semakin memenuhi kawasan sekitar saban hari.

Keadaan itu menjejaskan mata pencarian mereka yang mengumpul sisa sampah seperti besi buruk, aluminium dan sebagainya yang boleh dijual atau dikitar semula.

“Pernah berlaku insiden pergaduhan antara penduduk tempatan dan PATI terbabit akibat berebut sisa sampah di kawasan itu yang sepatutnya kami sebagai penduduk tempatan lebih berhak berbanding PATI tersebut,” katanya.

Beliau melahirkan kerana kekesalan hasil kutipan semakin berkurangan ekoran berebut dengan PATI yang semakin berlambak mencari hasil kutipan sampah di kawasan pelupusan sampah itu.

“Kami di sini merasakan pendapatan kami terjejas teruk berikutan kehadiran PATI yang merampas kawasan kami meraih rezeki,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) Bintulu turut menemui penduduk tempatan di situ bagi meninjau situasi sebenar bagi membolehkan bantuan sewajarnya disalurkan kepada penduduk terjejas.

Salah seorang ahli PEDAS Peter Bujang berkata sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang amat prihatin terhadap masalah penduduk, beliau berharap pihak berwajib melakukan pemantauan lambakan warga asing mencari rezeki di sana dan ada yang turut membina penempatan haram di kawasan terbabit.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) harus memastikan Bintulu bebas daripada PATI kerana menjejaskan kehidupan harian penduduk tempatan seperti dialami penduduk yang meraih rezeki di kawasan pelupusan sampah itu,” katanya. - UB



PATI Rebut Sampah PATI Rebut Sampah Reviewed by uMieySurianie on July 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.