Seo Services

KPDNKK Buat Laporan Polis Berikutan Akaun Facebook Palsu


PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini membuat laporan polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan kewujudan akaun Facebook palsu menyerupai akaun rasminya.

Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan laporan itu dibuat oleh Ketua Komunikasi Korporat KPDNKK, Akhtar Sahari, bagi memastikan siasatan dijalankan dan menyekat laman terbabit daripada terus menyebarkan maklumat palsu.

"Kementerian amat memandang serius hal ini kerana ia boleh memburukkan nama baik kementerian sekali gus mengelirukan orang ramai," menurut kenyataan itu.

Menurut KPDNKK, akaun palsu itu dipercayai diwujudkan bermula semalam dan sehingga hari ini sudah mencecah 2,000 'like' daripada pengguna media sosial.

Katanya, akaun palsu itu dibuat hampir menyerupai akaun rasmi KPDNKK dan pengendalinya dilihat aktif memuat naik status serta aktiviti hampir setiap jam seolah-olah ia dimuat naik oleh pengendali laman Facebook rasmi kementerian.

Laman rasmi KPDNKK boleh dilayari menerusi https://www.facebook.com/myKPDNKK. - BERNAMA
KPDNKK Buat Laporan Polis Berikutan Akaun Facebook Palsu KPDNKK Buat Laporan Polis Berikutan Akaun Facebook Palsu Reviewed by Unknown on July 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.