Seo Services

Larangan Pembakaran Mercun Dan Bunga Api Tetap Dilaksanakan


KUCHING: Larangan pembakaran mercun dan bunga api tetap dilaksanakan seperti tahun sebelum ini khasnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, semua ketua polis daerah (KPD) juga diarah untuk memantau dan menjalankan operasi bagi memastikan orang ramai mematuhi larangan bermain mercun dan bunga api atas faktor keselamatan.

“Permainan mercun masih kekal diharamkan. Semua KPD diarah memantau dan menjalankan operasi.

“Unit Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Bit Patrol juga diarah untuk ambil tindakan tangkapan dan rampasan jika ada yang melakukan kesalahan ini serta yang menjual mercun,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.

Sabtu menjelaskan, bagaimanapun bunga api jenis pop-pop dan permainan Happy Boom/Magic Pop dibenarkan kerana ia tidak mengandungi bahan membakar dan tidak membahayakan.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan mengenai perkara ini bagi mengelak berlakunya kecederaan diri, kematian dan menjadi punca kebakaran,” katanya.

Beliau memberi peringatan adalah menjadi kesalahan mengilang, memiliki atau mengimport mercun dan bunga api.

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan bermain dan membakar mercun dan bunga api, seseorang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu bulan atau didenda sehingga RM100 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, katanya. - UB
Larangan Pembakaran Mercun Dan Bunga Api Tetap Dilaksanakan Larangan Pembakaran Mercun Dan Bunga Api Tetap Dilaksanakan Reviewed by Unknown on July 14, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Bt la serbuan d tmpt org jaja kedak market ikan ka apa....larangan mulut, command jak...public sik pduli. Well, we r human. Xsmua ngekot arahan...

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.