Seo Services

Lima Termasuk Tiga Beradik Cedera Disimbah Asid


ALOR SETAR: Lima lelaki, termasuk tiga beradik cedera selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki warga emas di sebuah rumah di Kampung Baru, Bakar Kapor, dekat sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5 petang berlaku ketika lima individu berkenaan dikatakan cuba menyelesaikan masalah hutang sewa rumah suspek yang tertunggak beberapa bulan, sebelum warga emas itu tiba-tiba menyerang mereka menggunakan asid.

Jurucakap polis berkata akibat kejadian itu, seorang daripada mangsa dilaporkan melecur dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang, manakala seorang lagi dirawat di wad HSB.

Tiga lagi mangsa hanya mengalami cedera ringan dan suspek berusia lingkungan 70-an ditahan untuk tindakan lanjut.
Lima Termasuk Tiga Beradik Cedera Disimbah Asid Lima Termasuk Tiga Beradik Cedera Disimbah Asid Reviewed by Unknown on July 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.