Seo Services

Majlis Ramah Tamah Aidilffitri Mengerat Silaturrahim


SIMUNJAN: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang juga sering diadakan setiap tahun boleh merapatkan silaturrahim lebih-lebih lagi dengan mereka yang bekerja atau belajar di perantauan sama ada dalam negara atau luar negara dan balik ke kampung untuk berhari raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri berkata, budaya ini perlu dikekalkan untuk beramah mesra serta berkongsi cerita tentang perkembangan masing-masing serta pembangunan di kampung halaman masing-masing.

“Melalui majlis ini juga, kita dapat berkumpul dengan anak-anak muda dan bertukar-tukar pandangan tentang bagaimana kita hendak membawa lebih banyak program-program yang boleh memanfaatkan golongan ini.”

Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang diadakan di Surau Darul Iman, Kampung Kelka di Simunjan semalam.

Memuji penganjur (Jawatankuasa Surau Darul Iman, Kampung Kelka, Simunjan) kerana menganjurkan pelbagai program bukan sahaja pada bulan Ramadhan dan Hari Raya, Nancy juga menyatakan majlis-majlis seumpama itu boleh memperkasakan pembangunan modal insan, kewangan, keusahawanan serta lain-lain. - Sarawakiana
Majlis Ramah Tamah Aidilffitri Mengerat Silaturrahim Majlis Ramah Tamah Aidilffitri Mengerat Silaturrahim Reviewed by uMieySurianie on July 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.